Blog Perancangan Kewangan Islam Terbaik | Blog Review

Antara blog perancangan kewangan terbaik yang aku pernah jumpa ialah blog sohoque.com. Blog ini memberikan info tentang perancangan kewangan peribadi termasuklah info dan ilmu tentang Amanah Saham atau unit trust, takaful dan juga perancangan pusaka. Banyak juga ilmu tentang perancangan kewangan yang aku boleh dapat daripada blog ini.

blog-perancangan-kewangan-islam


Blog ini bukan sekadar menyediakan ilmu tentang kewangan Islam malah banyak juga artikel-artikel di dalam niche lain yang turut diselitkan. Selain daripada niche perancangan kewangan Islam, terdapat juga niche-niche lain seperti Viral yang memfokuskan isu-isu viral dalam masa-masa tertentu. Niche info pula aku lihat banyak memfokuskan tentang info-info penting yang ramai cari seperti pengumuman bantuan daripada kerajaan dan lain-lain info yang lebih formal. 


Ada juga niche Islamik. Niche ni aku pun suka kerana ia berkisar tentang perkara-perkara dari sudut pandangan Islamik seperti hukum-hukum, cara beribadah, kaifiyat amalan dan sebagainya.


Niche blogging juga ada disertakan di dalam blog ini. Ia sangat berguna kepada blogger baru dan lama yang ingin tahu cara blogging yang betul dan apa itu penulisan SEO. Untuk blogger yang serius ingin berkongsi info dengan pembaca, pengetahuan tentang SEO ini adalah wajib kerana ia boleh menentukan sejauh mana penyampaian ilmu dalam penulisan kalian sampai kepada audience iaitu para pembaca blog. Menulis tanpa ilmu SEO, ibarat syiok sendiri. Ya la.. kita menulis sikit punya bagus, tetapi sebenarnya tak ramai pun yang jumpa perkongsian kita di enjin carian google. Rugi kan..? 


Satu lagi, jika ramai pembaca bertandang di blog kita, ia ibarat rezeki kepada blogger tersebut. Selain daripada ilmu yang berjaya disampaikan dengan lebih jauh kepada ramai orang, ia juga petanda duit yang masuk ke dalam poket penulis jika penulis tersebut berkolaborasi dengan program pengiklanan seperti google adsense, migd dan banyak lagi program pengiklanan untuk blog dan website.


Selain niche yang telah disebutkan, ada juga niche jalan-jalan dan makan-makan sebagai pelengkap info di dalam blog ini. Ini adalah perkongsian peribadi penulis tentang restoran ataupun makanan sedap serta tempat-tempat menarik yang penulis pernah singgah. Ia lebih kepada pengalaman peribadi penulis sendiri. Ya la.. rugilah kalau pengalaman dan kenangan tersebut tidak diabadikan di dalam blog. Sebenarnya, memang itu adalah minat blogger yang suka berkongsi dengan pembacanya.


Cara penyampaian yang bersahaja dan tidak formal itu menjadikan jalan penceritaan agak lancar dan terasa seperti penulis bercakap sendiri dengan kita sebagai pembaca. 


 Walaupun blog ini mencampur adukkan beberapa niche di dalam satu blog, namun cara penyusunannya agak teliti dimana ia membahagikan niche-niche yang berlainan itu ke dalam beberapa kategori. Ini amat membantu dan memudahkan pembaca yang bertandang ke blog ini untuk memilih kategori yang disukai. Susun atur blog ini seperti majalah yang menghimpunkan pelbagai kategori cerita di dalam satu mukasurat tetapi dibahagikan mengikut kolum kategori yang tersendiri. Ini memang ternyata memudahkan pembaca mencari apa yang dicari mengikut kategorinya..


Recommendation


Ya, kalau tanya aku, aku memang rekemen kalian terjah blog yang aku anggap antara blog perancangan kewangan Islam terbaik ini. Nanti kalian akan jumpa niche mana yang kalian lebih suka. Dań jika kalian selalu singgah di blog ini, tak mustahil ia akan menjadi tempat persinggahan tetap kalian.


So boleh pergi terjah sekarang: Sohoque.com. harapnya dapat membantu korang dalam mencari info dan ilmu yang kalian cari. 

Post a Comment

0 Comments